1. The Seventh One
2. In The Name of Sil-Khannas
3. Occultus Mysticism
ALL MUSIC AND LYRICS IN OCCULTUS MYSTICISM DEMO WERE WRITTEN BY BATARA GURU MASIRBI RABKA.
Show LANGSUIR di Muar, Johor (4/6/23) dan Sibu, Sarawak (30/9/23) adalah sempena menyambut ulangtahun ke-30 kelahiran demo Occultus Mysticism yang dirilis pada tahun 1993.
Tanpa demo Occultus Mysticism, tiada siapa yang kenal akan LANGSUIR.
LANGSUIR sendiri ditubuhkan 2 tahun sebelumnya (1991). Ketika itu, founders masih bersekolah.
Batara Guru Masirbi Rabka sendiri belajar di MRSM Muar (1991-92) dan pada ketika di asrama itulah lagu-lagu di dalam Occultus Mysticism dicipta menggunakan gitar kapok.
Beliau sahaja yang tegar mencipta lagu-lagu LANGSUIR tatkala rakan-rakan sekolah semuanya memainkan lagu-lagu rock leleh dari kumpulan rock leleh Mega, Exists, Gersang, UG14, Teja, Terrarosa dan sebagainya.
Lagu-lagu yang dimainkan oleh Batara ketika itu kedengaran asing dan jelek oleh golongan mat rock leleh di MRSM. Dikritik sebagai lagu-lagu takde chord progression, takde struktur, sumbang dan sebagainya. Dengan lain perkataan, hina.
Namun Batara berjaya mempengaruhi beberapa rakan MRSM untuk bersama dengan perjuangan underground. Dan mereka ini telah membantu semasa sesi rehearsal lagu-lagu Occultus Mysticism di studio jamming di Muar. Mereka-mereka ini, walaupun bukan ahli band LANGSUIR tetapi sedikit sebanyak memberi bantuan kepada Batara.
Line up jamming lagu-lagu Occultus Mysticism di MRSM Muar:
Batara Guru Masirbi Rabka - gitar
Arwah Mohd Asid - vokal
Arwah Abang Mustapha - drum
Ganja - bass (nama penuh dah tak ingat)
Arwah Abang Mustapha adalah adik kepada salah seorang anggota band SENSELESS dari Kuching, Sarawak yang kemudiannya Abang Mustapha menjadi drummer band SPUTUM.
Studio jam tersebut merupakan juga studio band Operation Corpse prektis sebab dalam jadual terpampang nama Operation Corpse. Operation Corpse kemudiannya menukar nama kepada Samurai.
Di MRSM juga, Batara telah mempengaruhi seorang budak yang pandai melukis bernama Farid Gilone kepada dunia underground dengan memberi dengar kaset-kaset dan fanzine seperti Zulmat, Satanic Obstetrical, Karakatuar dsbgnya. Akibat terpengaruh, Farid mula melukis imej2 setan dan hantu sesuai dengan suasana underground ketika itu.
Salah satu dari lukisan Farid Gilone telah menjadi cover demo Occultus Mysticism yang terkenal itu yang menunjukkan setan dibalut seperti Mummy yang berdiri di atas simbol Necronomicon. Artwork ini bukan sahaja monumental dari segi penampilannya tetapi juga sangat berseni.
Setelah selesai SPM di MRSM Muar, Batara kembali ke Ipoh dan bersama dengan ahli band yang lain, menyiapkan dan memperkemaskan lagu-lagu dalam demo Occultus Mysticism. Akhirnya sesi rakaman pun dibuat di Universal Studio, Klang pada tahun 1993 di bawah pengawasan Arwah Is (Glottis) dan Ajak Dethkrane (Ultra Hingax Prod) dengan kos RM350.
Bass dimainkan oleh Arwah Faizal (Bearkey) yang juga merupakan ahli anggota Athotorgh ketika itu.
Ternyata demo tersebut umpama tsunami apabila dirilis. Ia melonjakkan nama Langsuir ke persada muzik underground Malaysia dan masih disebut2 sehingga kini. Bahkan ia berterusan diulang cetak oleh Nebiula Production sehingga kini dan tetap sold out. Yang cetak rompak pun jual habis juga.
Ia juga menyebabkan satu label dari Germany, Nazgul Eyrie Production (RIP) menelefon dari German pada tahun 1994 dan bercakap dengan Batara untuk sign dengan mereka. Somehow, perkara itu tak menjadi. Lagipun Batara ketika itu setengah gila belajar di UTM sedangkan yang lainnya di Ipoh. Jadi, nak komit tu susah.
Punya gila belajar kat UTM sampaikan gig pertama LANGSUIR di Garfunkel Pub, KL 11/9/93 pun Batara tak main sebab pada hari gig itu Batara ada ujian pertengahan. UTM ketika itu dikenali sebagai Universiti Tendang Menendang sebab ramainya pelajar yang kena tendang keluar sebab tak lepas gred.
(Trivia - Batara juga telah menarik diri dari Langsuir pada tahun 2008 kerana mau fokus pada PhD beliau di Adelaide, Australia - dengan lain perkataan, Batara mendahulukan pelajaran lebih dari band - what a poser! hahaha)
Gig Garfunkel tersebut boleh ditonton di sini https://www.youtube.com/watch?v=Kuw_rws9_wY ya... gig ni hadirin hadirat semua kena duduk atas lantai hahaha...
Gig tersebut, Batara telah diganti oleh Dark-E (Necrotic Chaos/Sil Khannaz).
Mulanya demo tersebut dub sendiri sahaja di rumah dengan harga RM6 menggunakan kaset kosong yang dibeli di kedai. Cover dibuat oleh Azlanthor secara manual tangan sahaja. Inlay sekadar fotostat dengan kertas berwarna.
Kemudiannya ia dicetak oleh East Gothic Production (Kuantan) di Singapura sebanyak 500 keping. Kaset tersebut di'seludup' keluar dari Singapura secara fizikal oleh anggota-anggota LANGSUIR ketika itu. Nasib baik tak kena tahan, kalau kena tahan tak tau berapa RM kena bayar tax haha...
Jumpa di Muar dan Sibu ya dan bersama-sama menyambut kelahiran demo Occultus Mysticism.
Merch 30th Anniversary juga akan dilancarkan tak lama lagi!
Sumber:LANGSUYR OFFICIAL FB
No comments:
Post a Comment