Monday, May 6, 2024

Spider Keluar Sarang LIVE in Kuala Lumpur jadi saksi 'pertempuran' 3 DEKAD karier Spider

SPIDER Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024. Begitu nama konsert yang telah ditunggu sekian lama bukan hanya dalam kalangan peminat tetapi kugiran rock dan ska tanah air ini sendiri. Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin, dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur. 





 Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja. Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya sinis dalam stail tersendiri. 





Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir, Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.


Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.




Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In

Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.



“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.



“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.




“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.


“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.




Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.



“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia. — 


Sumber:Majoriti.com



Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”

Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”



Kadang-kadang kita ni sampai ke sudah tak nampak potensi diri. Tapi bila orang lain nampak, kita terus capai perkara yang diluar kotak. Contoh paling dekat adalah Tam Spider. Sebab dia pada asalnya merupakan gitaris kedua Spider.


Persoalannya macam mana Tam boleh jadi vokalis?




Sebenarnya kumpulan Spider dah wujud di Johor sejak 1996. Cuma masa tu Tam bukanlah vokalis. Sama macam band-band lain, Spider pergi ke Kuala Lumpur untuk bagi demo tape kepada syarikat rakaman.



Ketika itu, M.Nasir telah mendengar keseluruhan lagu dalam demo tersebut. Bila sampai lagu terakhir, M.Nasir pelik sebab yang nyanyi adalah orang lain. Deme pun cakap itu suara gitaris kedua iaitu Tam.





M.Nasir berpendapat Spider kalau nak pergi jauh, Tam kena jadi vokalis. Bermula dari situ Tam terus menjadi vokalis tetap Spider. Hasilnya, Spider terkenal dalam sekelip mata.



Bayangkan je lah album Spider seperti Aladin terjual sekitar 60,000 unit. Malah Spider juga menjadi band pertama Malaysia yang berjaya menghambat penguasaan muzik Indonesia di corong-corong radio. Spider juga dibantu oleh Exists, Pretty Ugly, OAG dan band-band lain untuk menamatkan terus dominasi muzik Indonesia.


Kemuncaknya, Spider berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu melalui Relaku Pujuk. Menariknya persembahan Spider sangat simple dan tak perlu sesuatu keterlaluan. 


Tam pulak bukan sahaja berbakat sebagai vokalis, dia juga mampu menghasilkan lagu. Oleh sebab itu Spider tidak bergantung sangat kepada komposer luar. Spider juga bebas menentukan arah muzik deme sendiri.


Dekat sini kita faham, kejayaan itu akan hadir bila kena pada tempatnya. Adakalanya juga kita perlukan orang lain untuk sedari potensi kita. Sama macam Tam Spider.




Kepada korang semua sebelum putus tali Tuhan Yang Esa, jangan kau berputus asa. 


Credit: The Patriots


---


Kalau korang nak tahu lebih banyak kisah inspirasi macam Tam Spider, boleh baca buku HIDDEN GENIUS.


Dapatkan segera di :

BUKU HIDDEN GENIUS







🎵 U2’s “With or Without You”: The Timeless Pulse of Love and Longing

In the pantheon of timeless rock ballads, few songs resonate as deeply and enduringly as U2’s “With or Without You.” Released in 1987 as t...