Friday, March 31, 2023

ALBUM BRUTAL XPDC 1997...MASTERPIECE TERBAIK



 Album Brutal' merupakan album hasil nukilan kumpulan XPDC yang diterbitkan pada 1997 dan menampilkan 10 buah lagu.



Album ini merupakan album paling laris dalam sejarah XPDC sehingga kini. Album ini terjual melebihi 500,000 unit , meraih anugerah 4x Platinum dan tersenarai dalam Top 5 kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.


LINE ALBUM BRUTAL 1997

Mael - vokal

Izo - gitar

Zuar - bass

Amy - drum



SENARAI LAGU:

1. "Tak Nak Jadi Soh Chai"  Loloq/Izo XPDC  

2. "Hentian Ini"  J.S Kevin/J.S Kevin  

3. "Hidup Bersama"  Salamah Basiron/Salamah Basiron  

4. "Tinggalkan Semalam"  J.S Kevin/J.S Kevin  

5. "Aku Tak Kan Bising"  Mael XPDC/Mael XPDC  

6. "Senapang Patah"  J.S Kevin/Peter Chong  

7. "Cempedak Jadi Nangka"  Mael XPDC/Mael XPDC  

8. "Aku Masih Di Sini"  Azam Dungun /Izo XPDC  

9. "Semangat Yang Hilang"  J.S Kevin/Izo XPDC  

10. "Apa Nak Dikata"  J.S Kevin/Izo

Album ini merupakan album paling laris dalam sejarah XPDC sehingga kini. Album ini terjual melebihi 500,000 unit , meraih anugerah 4x Platinum dan tersenarai dalam Top 5 kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998.


Dapatkan di sini:

https://shope.ee/99s8W5BFmj





Menurut petikan dari Harian Metro yang diterbitkan pada Oktober 18, 2017 ...

Pemain bass kumpulan XPDC, Zua berharap pemain gitar, Izo memberikan kerjasama bagi membantu menyelesaikan kemelut dihadapi berkaitan kontrak mereka dengan syarikat rakaman Life Records. Zua atau nama sebenarnya Azuar Mat Tasi kini menganggotai XPDC bersama Mael (penyanyi), Amy (dram) dan Jeff (gitar), manakala Izo bersama Ali (penyanyi), Eddie (bass) dan Lola (dram) turut menggunakan nama XPDC. Zua berkata, Life Records membenarkan nama XPDC digunakan kedua-dua pihak dengan syarat semua anggota asal XPDC menandatangani surat yang dikeluarkan. "Izo enggan tandatangan surat pelepasan. Jika dia turunkan tandatangan, barulah mereka akan ikut tandatangan surat pelepasan yang dimaksudkan.

Jika sebaliknya, kedudukan kami tidak ke mana. Kami ada kontrak reunion XPDC membabitkan saya, Izo dan Amy yang ketika ini tergantung," katanya.



Menurutnya, dalam situasi sekarang tiada pihak berani melaburkan modal untuk lagu dan album terbaru mereka. “Apa yang ada hanya secara lisan dan ia bukan jaminan. Kami nak ia dibuat secara hitam putih sebagai bukti kami sudah bebas. "Menerusi cara ini barulah penaja akan datang. Kalau mereka nak pandai-pandai sendiri, susah juga nanti kalau kena saman dengan Life Records," katanya. Menurutnya, banyak agenda mereka untuk XPDC tertangguh hanya kerana perkara ini. "Izo hanya perlu tandatagan dan sekiranya dia dan anggota lain mahu kembali dengan Life Records, ia tidak jadi masalah. Kami juga sudah buat perubahan dari segi logo dengan memperkenalkan identiti masing-masing. Kami adalah XPDC Kita Pengyu," katanya. Sementara itu, Izo atau nama sebenarnya Mohd Zulkifly Nik Hussin berkata, surat dikeluarkan Life Records itu membawa maksud komitmen mereka selama ini sudah ditunaikan. "Ia tanda tanggungjawab kami terhadap Life Records sudah dijalankan dengan baik. Mereka keluarkan surat pelepasan kerana tidak mahu mengikat kami. "Sesiapa yang tandatangan surat itu bermakna dia bersetuju dengan kandungannya termasuk memperakui logo dan nama XPDC adalah hak milik Life Records," katanya. Menurutnya, dia enggan menurunkan tandatangan kerana perlu merujuk dengan anggota lain serta peguam sebelum membuat keputusan. "Saya takut jika saya turunkan tandatangan, adakah akan membabitkan anggota kumpulan saya yang lain dan saya tidak mahu berlaku kerugian. "Dia (Zua) tandatangan itu sebenarnya tiada kena mengena dengan saya. Kami bukan satu kumpulan. Itu hal dia dan saya dengan hal sendiri," katanya. Izo berkata, apa-apa yang berlaku adalah urusannya sendiri dan dia tidak mahu menjadi mangsa dipersalahkan dalam perkara ini.


"Siapa yang tandatangan dikira bersetuju dengan apa yang dinyatakan dalam surat itu. Secara automatik mereka sudah bebas. “XPDC sudah berpecah dan kontrak adalah atas nama individu, bukannya berkumpulan. Sepatutnya mereka sudah bebas dan boleh buat apa sahaja sekarang," katanya. Izo berkata, Zua perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan iaitu nama dan logo XPDC adalah hak milik Life Records dan mereka perlu merujuk kepada syarikat rakaman itu. Harian Metro sebelum ini melaporkan nama dan logo XPDC sudah dipaten Life Records sejak 1 Julai 1998 dan ia adalah hak mutlak syarikat terbabit, bukannya anggota XPDC. Pengurus Promosi dan Pemasaran Life Records Sariah Idris dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak menghalang anggota kumpulan itu menggunakan nama XPDC tetapi penganjur untuk persembahan mereka perlu menulis surat dan meminta kebenaran Life Records untuk menggunakan nama dan logo kumpulan itu




🎵 U2’s “With or Without You”: The Timeless Pulse of Love and Longing

In the pantheon of timeless rock ballads, few songs resonate as deeply and enduringly as U2’s “With or Without You.” Released in 1987 as t...