Apakah penyebab ada album² dari band² 90an menggunakan khidmat sessionist?
Bukan nak mengaibkan sesiapa.
Demi menjawab pertuduhan² n adakalanya lebih kearah menimbulkan fitnah.
Tuduhan seolah bandboy² kita terlalu low class.
So gua pecahkan ada 4 kelompok utama terlibat:
1)Artis 2)Produser 3)Sessionist 4)Rekod company.
Mereka2 ini tenaga utama dalam pembikinan sesebuah album.
Firstly, kita kaji dulu dari sudut artis itu sendiri.
Majoriti yang dah sain kontrak dengan rekod comp adalah musician yang bagus n talent.
Kalau tak, masakan mereka boleh lulus audition?
Jadi apakah faktor penyebab album mereka terpaksa guna khidmat sessionist?
1) Kekangan duit.
Ini isu utama.
Kebanyakkan diantara mereka bila dah sain kontrak, mereka dapat bayaran yang ciput dari rekod comp atau publisher.
Ada yang tak dapat langsung hingga terpaksa mengemis pada company untuk tampung kos sewa rumah sewaktu mereka tengah recording.
Ini belum kira duit makan n tambang lagi.
Tambah bila duduk di KL, kos hidup lebih tinggi.
Majoritinya yang terlibat pula adalah mereka² yang datang dari jauh n luar bandar.
Jika ditempat asal mereka setakat rm10-20 boleh cari mana².
Tapi bila dah duduk di KL, sedara mara pun takda.
Kawan pun cuma bandmate saja.
Sedangkan bandmate pula senasib dengannya.
Jadi bila dah booking studio recording mereka berdepan dengan masalah nak ke studio.
Jika sampai ke studio, habis saja recording terpaksa la tido di studio kerana bas dah habis.
Nak balik naik teksi pun tak mampu.
Sudahnya tido la beramai² di studio.
Part makan pandai² la nak hidup.
Dah terpaksa fikir pula macamana nak tempuh hari seterusnya nak menyiapkan album dalam keadaan serba tiada.
Jadi bila rekod company dah bising sebab lambat, terpaksalah produser gunakan khidmat sessionist untuk percepatkan kerja.
2) Masalah komunikasi.
Ini juga satu masalah dizaman itu.
Zaman tu smartphone takda.
Talipon yang ada masa tu, cuma ada di rumah, pejabat atau public phone.
Jadi waktu studio adakalanya mereka terlepas kerana tak tahu waktu sebenar studio telah dibooking tambah lagi produser pula tak dapat hubungi mereka.
3) Transport.
Pada zaman itu pengangkutan yang ada cuma bas n teksi.
Tak semua tempat bas akan lalu.
Kebanyakkan studio jauh dari laluan bas.
Jika ada duit boleh la naik teksi.
Ada juga yang kental sanggup jalan kaki ke studio.
Tapi bila hujan...?
4) Kurang pengalaman.
Ini yang sering berlaku.
Kurangnya ilmu n pendedahan.
Ada yang teruja, ada yang sebaliknya bila terlihat mixer 100 channel terpampang didepan mata.
Jika dapat produser yang sporting sanggup beri tunjuk ajar, beruntunglah artis tersebut.
Jika dapat produser macam Hattan dalam cerita Rock O, pakat melingkup la sudahnya.
5) Kekurangan peralatan yang sepatutnya digunakan semasa recording.
Terutama pedal efek yang sesuai untuk digunakan masa rakaman.
Produser atau artis sendiri inginkan sound yang sedap tapi terhalang kerana tak memilikki peralatan yang sepatutnya.
Sudahnya sessionist juga yang untung kerana memilikki peralatan yang lengkap untuk rakaman.
Yang untung si vokalis sebab tak perlu bawa apa².
6) Masalah hubungan persahabatan.
Ada dikalangan sessionist juga tak punya job.
Tapi kerana hubungan yang baik dia dengan producer, maka atas dasar kawan, produser tersebut pun izinkan sessionist tersebut siapkan projeknya atas dasar ingin membantu kawan.
Hinggalah projek seterusnya, senario yang sama akan berulang.
Maka bandboy sekadar mampu memandang.
7) Ada antara bandboy yang terlibat dengan kemalangan semasa proses rakaman.
Kecederaan memaksanya berehat.
Ada yang berdepan masalah keluarga hingga memaksa produser tak dapat menunggu lebih lama.
Inilah kisah yang berlaku dipihak bandboy.
Ada banyak lagi kes tapi disini gua share masalah² yang paling selalu berlaku saja.
Bila tengok filem Rock O, itulah kisah sebenar hidup rocker2 kita.
Jadi pada pihak peminat, jangan dengar n mudah percaya berita sebelah pihak semata.
Kerana ada juga pihak yang jadikan peminat sebagai kambing hitam mereka.
Majoriti bandboy kita miskin wang ringgit tapi jiwa n semangat mereka kaya.
Terpaksa berkorban n terkorban kerana cita².
Mereka juga sering dapat tekanan dari pemerintah.
Malangnya bila album berjaya, yang kaya tetap rekod company n produser.
Bandboy dianggap penghias industri semata.
Credit: fb Zaha Spring




