BUKU "65 TAHUN MUZIK ROCK DI MALAYSIA (SIRI 1)"
π Penulis: Prof. Madya Dr Muhamad Takiyuddin (UKM)
π Terbitan: Penerbit Universiti Malaya
π Disiapkan selama dua tahun setengah menerusi penyelidikan dasar 15,000 sumber arkib dan temu bual dengan 187 aktor dan pemuzik rock dari segenap lapangan.
π Harga: RM150.00 (termasuk kos penghantaran, poster infografik eksklusif percuma, sticker percuma dan catatan autograph penulis atas nama pembeli)
π Apa kata 30 pembaca dan pembeli terpilih?
1. Bila memgimbau semula memori persekitaran era tu, lengkap dengan gambarnya, faktanya, nilai dokumentasinya, apa yang saya alami ialah kita tak perasan banyak yang kita tempohi dalam kehidupan seharian dulu tu ialah sejarah masa kini. Di sinilah lebih dua bidang bertaut menjadi satu. Dan buku ini antara hasilnya yang jitu, bukan sekadar batu (Nas Ahmad)
2. Kerja penuh cinta dan semangat. Terima kasih atas penyelidikan anda . Hasil yang istimewa (Zarul Al Bakri)
3. Jutaan terima kasih kami pada Dr Takiyuddin hingga dapat menghasilkan buku sejarah untuk kami para pemuzik. "Salute" kami pada Dr dan begitu juga kepada pihak Penerbit Universiti Malaya (Zainal Rampa)
4. Kepada pemuzik-pemuzik (khususnya negeri Johor) yang ingin tahu cerita sebenar pemuzik Malaysia & rockers Malaysia, anda harus memiliki senashah buku ini (Mohd Hatta Fender)
5. Anda yang terlibat dalam muzik rock harus berasa bangga apabila bidang anda yang dilihat liar itu dihargai dan dibuat kajian oleh ahli akademik dan diiktiraf penerbitannya oleh Universiti Malaya (Pyanhabib)
6. Buku ini merupakan sesuatu yang belum pernah ada hingga kini (Rom Mohd Nor)
7. Akhirnya minat dan kerjaya kami sebagai pemuzik yang melalui berbagai karenah dan sebagainya mendapat pengiktirafan di atas usaha Dr Takiyuddin. Saya dan kawan yang lain sangat berbangga (Harun Santana).
8. Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Agama Islam Pahang, saya telah ditugaskan untuk membuat kajian berkaitan Black Metal untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) bagi dijadikan kertas asas kepada fatwa pengharaman. Namun ketika itu, memang sukar mencari rujukan berkaitan sejarah rock di Malaysia. Maka tidak keterlaluan saya katakan, buku Dr. Takiyuddin ini merupakan bacaan berautoriti pertama yang dapat menghamparkan β secara akademik β perkembangan yang berlaku dalam babak muzik rock sejak 65 tahun yang lepas (Ustaz Badli Shah Alauddin)
9. Buku ini sarat dengan informasi-informasi serta gambar-gambar langka yang menjadi π£π³π’πͺπ― π’π―π₯ π¦πΊπ¦ π€π’π―π₯πͺπ¦π΄ untuk para peminat muzik yang membacanya. Ianya turut dilengkapi dengan petikan-petikan temubual daripada watak-watak utama pemain, pengikut dan pemerhati scene muzik pada waktu itu. Ianya memberi visual seperti kita menonton sebuah dokumentari dengan π·π°πͺπ€π¦ π°π·π¦π³ dan petikan π΅π’ππ¬πͺπ―π¨ π©π¦π’π₯ π΄π©π°π΅π΄ dari orang yang ditemubual (Deep Ov Filsufatia)
10. Sekian lama saya menunggu kelahiran sebuah hikayat rock dalam bahasa Melayu sebegini. Tak sangka pula edisi Malaysia akan menghidangkan begitu banyak "menu kejutan". Tak terkata (Omar Bachok).
11. Sebuah naskah yang mengandungi korpus perkembangan muzik rock tanahair. Judulnya mungkin kelihatan santai, namun naskah ini dihasilkan dengan disiplin penulisan yang tinggi, penggunaan sumber prima hingga tertieri melalui kaedah sejarah lisan, rujukan bahan retrospektif bercetak serta digital, juga tinjauan literatur yang kemas. Naskah ini disampaikan dengan lenggok yang tidak terlalu βakademikβ, justeru ia boleh dinikmati dengan mudah dan santai (Harith Faruqi Sidek).
12. A small leap in local publication, a giant leap in rock documentation (Yusman Akhlaken)
13. Kepada semua mat-mat rock & pencinta muzik rock, buku ini merupakan naskhah wajib milik. Harga RM150 sangat berbaloi untuk sebuah buku yang lengkap dengan info dan gambar-gambar berkategori rare. Juga bacalah sendiri pengalaman-pengalaman individu yang ditemubual yang terlibat sendiri dalam scene rock tanahair.
(Nazari Ibrahim).
14. Untuk semua rockers di Tanah Melayu sama ada yang masih rockers atau rockers yang sudah bersara, buku ini wajib dibeli untuk dikenang kembali sejarah pahit manis kegemilangan muzik rock di Malaysia (Sharrul Rizal Hashim)
15. Terima Kasih Dr Takiyuddin kerana mengembalikan nostalgia zaman remaja.(Amir Hamzah Abdul Shukor)
16. I often lament the fact that a lot of institutions and even academics have little interest in charting contemporary history, especially when it comes to rock music, as if the people who enjoy and/or make rock music are not worthy of a place in our nationβs history. Salute Dr Takiyuddin (Azmyl Yunor)
17. Buku yang wajib dimiliki bagi penggemar tegar muzik Malaysia (Amrul Azuar Mokhtar)
18. Karya yang padu ini boleh menjadi sumber rujukan untuk generasi baru (Fazley Irham)
19. Buku ini merupakan sejarah yang tidak diajar di sekolah (Khamis Rezan)
20. Buku ini tidak dapat dinilai dengan duit. Terima kasih tidak terhingga pada anak menantu saya kerana menghadiahkan saya buku ini - sebuah kenangan silam masa muda (Amran Mat Jazik)
21. To new generation, this book is masterpiece of rock (Ade Japparena)
22. Terima Kasih Dr Takiyuddin yang sentiasa mempunyai semangat dan usaha yang gigih bagi merealisasikan naskah yang baik. Membuat kami terbuai dengan kenangan-kenangan yang lalu (Roszalina Razali)
23. Naskhah yang melengkapkan jiwa seorang rockers (Junaidi Roslee)
24. Memang tak sabar nak khatam buku ini. Tak makan nasi pun takpe (June Adi Puspa)
25. Dah lama tak excited nak dapat buku teks! Hahaha (Ned Badarudin)
26. Buku ini datang untuk menghentikan penantian panjang kutu rock yang dah lama menantikan info sebegini. Tahniah saya ucapkan kepada Dr Takiyuddin yang sudi memecahkan tembok sejarah ini buat tatapan umum (Mohamad Shahrul)
27. Rockers masak atau separuh masak kena beli buku ini (Rashid Hussin)
28. Firstly, I would like to thanks for your fabulous work on this book. I realize how precious about the rock history in this land but at the same time I feel that is difficult to dig more information on it as the local scholars don't really treat rock history as a page of social history when many of the Asia countries like Indonesia, Taiwan, Japan put a lot of effort to study the rock music and bring them into the university program (Hoong, Ling Beh)
29. Untuk orang lama, orang baru dan sesiapa sahaja yang meminati, memperjuangkan dan hidup dalam dunia rock, buku ini merungkai segalanya zahir dan batin (Nan Sarang Tyrenest Nan)
30. Naskhah penulisan bermaklumat dan berdokumentasi yang disulam secara separa ilmiah. Disediakan poster infografik besar. Ada nota pada setiap bab, senarai rajah, jadual dan ilustrasi, dan juga senarai indeks. Penulis yang sungguh teliti dan tekun dalam mengusahakan penerbitan buku ini. Padat maklumatnya (Rusdi Abd Rahman)
(Sebahagian besar kenyataan ini dipetik dari komen atau ulasan akaun media sosial penama masing-masing khususnya Facebook serta komunikasi kepada penulis. Suntingan hanya melibatkan kejelasan ayat, tatabahasa dan ejaan)
PESAN SEKARANG:
https://shope.ee/LHLUN0lzM?share_channel_code=2
BELI SEKALI: BUKU MUZIK ROCK KAPAK
No comments:
Post a Comment