Monday, August 25, 2025

Emmet Butterfingers Lepas Gian

Sejarah hempas gitar di atas pentas



Beberapa hari ini agak kecoh sikit dengan “insiden” hempas gitar oleh Emmett (Butterfingers) ketika persembahan mereka di pentas Rock The World. Melintas di facebook saya beberapa komentari yang sinis, mungkin disebabkan ia bukanlah sesuatu yang perlu dikecohkan jika ada yang mengecohkan ia. 


Setakat ini saya tidak jumpa mana-mana komentari dari orang awam yang mengecam insiden ini sebagai bukan budaya timur, tidak bertamadun ataupun perbuatan orang tidak cukup akal.

Pete Townshend sedang menghempaskan gitar GIBSON Les Paul (saya syak, replika - mahal woiiii).


Samada orang awam sudah tidak terkejut (kerana ada perkara yang lebih teruk dari itu yang pernah dibuat) ataupun mereka sudah mengetahui ini hanyalah suatu gimik pentas yang outdated.




Ya, hempas gitar bukanlah perkara baru dalam sejarah muzik rock. Ia telah dibuat berulang-ulang kali. Setiap kali ia berlaku, sekurang-kurangnya di dalam tempat persembahan itu dilakukan, ia menarik perhatian dan respons penonton yang kebanyakannya akan bersorak gembira.


Ia bermula sebagai insiden yang tidak disengajakan.


Hempas gitar ini yang paling awal direkodkan ialah ketika persembahan The Who pada tahun 1964, di Railway Hotel, Harrow, London. Masa itu, The Who belum sangat terkenal. Pete Townshend sedang menggunakan gitar Rickenbacker di atas pentas yang kecil. Siling pula rendah. Semasa Pete Townshend menjulang gitarnya ke atas, ia menerobos ke siling pentas lantas mematahkan headstock gitar beliau.


Penonton pakat gelak ramai-ramai kerana menyangka ia adalah salah satu sketsa atas pentas. Pete Townshend rasa malu dan hampeh, mengambil keputusan untuk buat langkah drastik. Beliau menghempas terus saki baki gitar beliau ke atas pentas. Sekonyong-konyong itu, penonton jadi gila babi sebagai respons dan menyangka ia adalah satu perbuatan yang telah dirancang dari awal. Ia adalah tanda berontak!



Pete Townshend perasan reaksi penonton ketika itu dan beliau sedar bahawa ini adalah suatu showmanship yang perlu diteruskan. Beliau mengulangi perbuatan hempas gitar ini untuk persembahan yang seterusnya. Tidak mahu ketinggalan, Keith Moon ambil bahagian dan mula menjahanamkan set drum beliau sekali harung.



Insiden pertama ini sebenarnya adalah eksiden. Yang kemudian diolah semula sebagai suatu kesenian dan menjadi signature kepada persembahan The Who.


Ia menjadi ikutan ramai artis. Antaranya; Jimi Hendrix, Ritchie Blackmore (Deep Purple), Paul Simonon (The Clash), Ted Nugent, Eddie Van Halen, Yngwie Malmsteen, Kurt Cobain (Nirvana), Matthew Bellamy (Muse), Billy Joe Armstrong (Green Day) dan banyak lagi.


Di pentas tanahair, saya syak, ini bukanlah hempas gitar yang pertama yang dilakukan di atas pentas. Kerana saya rasa ia pernah dilakukan di zaman rock kapak tahun 80an/90an. Jika benar, sila bagi maklumat di ruang komen ya.


Oleh Dr Ibrisam Akbar

No comments:

Post a Comment

GODSPEED - The Band With 2 Bassist

Godspeed  was an American metal band formed in 1992. The band's sound was heavily influenced by the heavy rock of the seventies along wi...