
Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.
Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In
Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.
“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.
“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.
“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.
“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.
Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.
“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.
“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.
“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.
Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia. —
Sumber:Majoriti.com
No comments:
Post a Comment