Spanar Jaya merupakan sebuah siri televisyen komedi Malaysia terbitan 10 on 10 Pictures.
Sitkom ini bersiaran di NTV 7 dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Dibintangi oleh Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Ramasundran Rengan, Sharifah Sofia, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff, ia mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.
Ini merupakan lakonan terakhir mendiang Rambo Chin sebelum kematiannya pada 7 Ogos 2001 akibat serangan jantung dan turut dibintangi oleh mendiang Shuba Jay sebelum kematiannya pada 17 Julai 2014 akibat nahas pesawat Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.
Pada tahun 2015, Spanar Jaya telah disenaraikan oleh portal Yahoo! News sebagai salah satu rancangan sitkom tempatan paling diingati.
Pada Disember 2018, Spanar Jaya diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Spanar Jaya X yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2 Februari 2019, sempena ulang tahun ke-20 sitkom ini.
Mengisahkan situasi di sebuah bengkel membaiki motokar dengan memaparkan pelbagai isu semasa.
Spanar Jaya menampilkan watak, Pak Selamat seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.
Iskandar pula seorang pemuda lulusan dari universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan dan berminat mengenai permotoran lalu memilih untuk berkerja di sebuah bengkel.
Siri itu juga menampilan watak seorang pemuda yang berhijrah dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan bekerja di bengkel Spanar Jaya
Rambo Chin sebagai Stanley,kawan kepada Pak Selamat & Moorthy yang bersikap ceria (Musim 1-3)
Ahmad Idham sebagai Iskandar,Ketua Mekanik Spanar Jaya merangkap teman lelaki/suami kepada Misha (Musim 1-5 kemudian kembali musim terakhir)
Wardina Safiyyah sebagai Misha,anak kepada Pak Selamat (Musim 1-5 kemudian kembali musim terakhir)
Ramasundran Rengan sebagai Moorthi,seorang pemandu dan kawan kepada Pak Selamat dan Stanley (Musim 1-7)
Opie Zami sebagai Amir @ Mat Rock,mekanik Spanar Jaya yang bercita-cita sebagai penyanyi rock dan peminat XPDC,Awie (Musim 1-7)
Sharifah Sofia sebagai Aishah,sepupu kepada Misha dan anak saudara Pak Selamat yang menjadi pembantu pejabat bengkel sementara (Musim 3)
Deanna Yusoff sebagai Claudia (Musim 2 sebagai pelakon undangan kemudian menjadi sebahagian Spanar Jaya dalam musim 3-7),seorang gadis warga Jerman yang bekerja di Spanar Jaya dan pernah menaruh hati dengan Iskandar
Bob Azrai sebagai Eddie Lentok (Musim 2-7),pemilik Rindu Records seorang cakap besar
Radhi Khalid sebagai Abdulla (dipertengahan musim 1-7),penghijrah dari Bangladesh yang bekerja cuci kereta suka cakap besar
Annahita Bakavoli sebagai Khaty (Musim 5-7),anak saudara kepada Pak Selamat
Syed Hussein sebagai Razlan (Musim 5-7),ketua mekanik Spanar Jaya yang menggantikan posisi Iskandar
Awang Buncit sebagai Mamak (Musim 1-4),peniaga warung
Sandra Sodhy sebagai Lucy (Musim 4-7)
Sazzy Falak sebagai Alin (Musim 6),mekanik wanita kedua di Spanar Jaya selepas Claudia namun di musim 4 Sazzy membawa watak Hani sebagai pekerja failing
Sheila Rusly sebagai Mak Lang (Musim 5-7),ibu saudara kepada Razlan yang bekerja sebagai jurujual kereta mewah
Pelakon utama
Zaibo sebagai Pak Selamat,pemilik bengkel Spanar Jaya dan bapa kepada Misha & bapa mentua Iskandar (Musim 1-7)

Al-fatihah diucapkan kepada Zaibo yang meninggal dunia akibat kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat pada November 2018




Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada usia 57 tahun, diantara jam 2.00-2:30 pagi pada 26 May 2021
Difahamkan mendiang Rama turut menghidap penyakit jantung dan pemergiannya pasti meninggalkan kenangan manis buat peminat sitkom tersebut.
..










SPANAR JAYA ft XPDC MILITIA
JOM layan beberapa siri SPANAR JAYA....
Spanar Jaya-Episode 4
Spanar Jaya-Episode 5
Spanar Jaya-Episode 6
Spanar Jaya-Episode 7
BONUS:
No comments:
Post a Comment