βπΈππΈππΈππ ππΌβππΈ πππΈπ πΉππΈπ ββπππππ
Pelbagai cara dibuat untuk memperkenalkan sesebuah kumpulan muzik, apatahlagi kumpulan tersebut baru menghasilkan satu album.
Ada sesetengah syarikat rakaman hanya mengharapkan stesen-stesen radio untuk mempromosi album yang dihasilkan.Ia amat berbeza dengan Syarikat Rakaman Sinar Muzik/Audiopack Enterprise iaitu syarikat rakaman yang telah memperkenalkan kumpulan rock Rajawali.
Menurut pengurus Rajawali, Mahzan B,selain dia pergi ke stesen-stesen radio seluruh negara untuk tujuan promosi,dia juga berkunjung ke kedai-kedai kaset untuk memainkan lagu lagu dari album sulung kumpulan yang berasal dari Muar, Johor itu.
Sebagai kumpulan rock baru, saya terpaksa buat macam itu.Saya terpaksa pergi kedai kaset di bandaraya ini dan meminta tuan kedai mainkan lagu lagi dari album sulung Rajawali, kata Mahzan kepada PESTA.
Tambahnya,cara yang dibuatnya itu telah menampakkan satu petanda yang positif dan harapan untuk album Rajawali mendapat sambutan dari peminat tidak perlu diperkatakan lagi."Baru-baru ini saya ada mainkan kaset Rajawali di sebuah kedai di Puduraya.
Setelah lagu dimainkan,ada peminat-peminat datang dan bertanyakan saya apakah nama kumpulan itu.Mereka memuji kerana lagu-lagu dari Rajawali tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain, " tegas Mahzan.
Dia percaya jika usaha yang dilakukannya berterusan dan tempatnya diubah seperti di Chow Kit,lagu-lagu dari album Rajawali dapat perhatian dari orang ramai.
"Buat masa ini,saya baru mencuba di Puduraya dan saya sedang memikirkan cara yang sama di tempat tempat lain di negara kita selain di Chow Kit yang kita tahu meniadi tempat mempopularkan kumpulan muzik, ujarnya.
Mahzan yang telah pergi ke beberapa stesen radio bersama anggota-anggota Rajawali berkata kebanyakan juruhebah yang ditemui memuji lagu-lagu dari album itu adalah baik."Saya yakin pengakuan yang dibuat oleh DJ Itu jujur. Setahu saya kebanyakan DJ di negara kita ini bercakap apa yang benar,mereka selalunya berterus terang, ujarnya.
Rajawali ditubuhkan kira-kira lima tahun lalu.Lima anak muda yang menganggotai kumpulan ini terdiri daripada Samsyir Ariffin (Is) sebagai penyanyi, Razali Abu Bakar (Zalie)drum, Abuzar Md Yatim (Zack) gitar, Shahrin Osman (Rain) gitar dan Abd Rahman Mohamad (Man) sebagai pemain gitar bass.Album sulung mereka yang memuatkan lagu-lagu berentak progresif rock dan komersial rock telah dipasarkan pada awal Ogos lalu.
Sepuluh lagu yang terdapat dalam album yang diterbitkan oleh Rosii Selasih itu terdiri daripada, Pohon Cinta Berduri, Bujang Blues, Seksa Kembara, Patung Bernyawa, dan Petanda Cinta di muka satu.Lima lagu lagi, Sumpahan Suci,Abadi Sebuah Memori, Tangan Halillintar,Misteri Harimau Jadian dan Dilema Cinta Usang di muka dua.
Mahzan yakin lagu lagu seperti Pohon Cinta Berduri, Petanda Cinta dan Dilema Cinta Usang dapat bersaing dengan lagu-lagu darri kumpulan lain kerana lagu-lagu tersebut dicipta semata-mata memenuhi kehendak peminat masa kini.
"Saya percaya lagu-lagu tersebut dapat menawan hati peminat-peminat terutamanya mereka yang sedang dilamun cinta. Saya katakan begitu kerana ketiga- tiga lagu itu ada menyentuh soal cinta iaitu masalah yang tidak pernah berpenghujung dalam kehidupan muda-mudi, " katanya.
-artikel Pesta 1991-

No comments:
Post a Comment