Monday, September 16, 2024

DENDAM PADA P.RAMLEE TIDAK PERNAH PADAM

DENDAM PADA P.RAMLEE TIDAK PERNAH PADAM



Di era kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, bukan semua orang suka pada P.Ramlee. Sejak hari pertama P.Ramlee menjejakkan kaki ke studio Jalan Ampas hingga beliau berhijrah ke Kuala Lumpur beliau masih mempunyai musuh.


Ketika L.Krishnan memperkenalkan P.Ramlee buat kali pertama sebagai hero melalui filem Bakti pada tahun 1950, bertambah ramai musuh P.Ramlee. Musuh P.Ramlee dalam kalangan kawan-kawannya sendiri. Apabila nama P.Ramlee telah sampai ke puncak kemahsyuran makin bertambah-tambah musuh P.Ramlee.


Jangan terkejut sebenarnya ada dalam kalangan yang menjadi musuh P.Ramlee itu adalah orang yang nampak rapat dengan P.Ramlee. Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain pada satu forum Bicara Seniman Agung di Universiti Malaya pada tahun 2001. 

Dalam buku tulisannya yang bertajuk Kisah Hidup Seniman Agung juga Ada menyatakan perkara ini



Jangan terkejut sebenarnya ada dalam kalangan yang menjadi musuh P.Ramlee itu adalah orang yang nampak rapat dengan P.Ramlee. Perkara ini pernah diceritakan sendiri oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain pada satu forum Bicara Seniman Agung di Universiti Malaya pada tahun 2001. Dalam buku tulisannya yang bertajuk Kisah Hidup Seniman Agung juga ada menyatakan perkara ini.


Musuh-musuh P.Ramlee ini bukan hanya sekadar mengata dan mengutuk P.Ramlee di belakang P.Ramlee sahaja. Malahan mereka juga pernah merancang untuk mencederakan P.Ramlee dengan


merosakkan wajahnya. Anggapan mereka apabila rosaknya wajah P.Ramlee dengan sendirinya populariti P.Ramlee akan lenyap. Mereka berpendapat selagi wajah P.Ramlee masih kekal dalam keadaan begitu sampai bila-bila pun nama mereka akan tenggelam dalam dunia filem Melayu.




Allah itu Maha Kaya, niat buruk untuk mencederakan wajah P.Ramlee akhirnya terbongkar. Rahasia komplot itu akhirnya telah sampai ke pengetahuan Jasni Ahmad. Jasni Ahmad adalah suami kepada Neng Yatimah dan bapa kepada Rosyatimah adalah seorang penyanyi piring hitam. 



Jasni atau lebih dikenali sebagai Wak Jasni adalah seorang yang sangat disegani dan berpengaruh di Singapura. Ada juga yang menggelarkan beliau sebagai ketua samseng di Singapura. 




Wak Jasni telah menjalankan siasatan akan komplot mencederakan wajah P.Ramlee ini dan telah memberi amaran kepada mereka sekiranya perkara ini berlaku mereka semua akan menerima akibatnya. 


Oleh kerana golongan musuh P.Ramlee ini segan dan takut dengan Wak Jasni mereka telah membatalkan perancangan mereka itu dan memohon maaf pada P.Ramlee.


Hakikat yang nyata P.Ramlee sememangnya berjaya dan hebat bukan atas usaha beliau seorang. Beliau memerlukan bantuan rakan-rakan beliau yang berkebolehan dalam bidang masing-masing demi kelansungan sesebuah karya. Tetapi P.Ramlee mempunyai satu bakat yang luar biasa anugerah dari Allah yang membuatkan sentuhannya itu menjadi.


Dari penulis cerita, penulis skrip, penulis lirik, penggubah lagu, jurugambar, jurukamera, penata cahaya, penolong pengarah dan juga pelakon semuanya memainkan peranan yang besar kepada P.Ramlee.


Sumber:

Kisah Hidup Seniman Agung (1979) – Abdullah Hussain

P.Ramlee Seniman Agung (1984) – ABI


Filem Melayu Dahulu Dan Kini (1986) – ABI


Gagak Di-Rimba (1966) – Abdullah Hussain



Erti Yang Sakti (1999) – Tun Ahmad Sarji

Bapaku P.Ramlee (2007) – Nasir P.Ramlee


Monday, July 22, 2024

Trivia Carburettor Dung...

 Kumpulan Carburetor Dung.


Kumpulan Carburetor Dung merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.


Carburetor Dung adalah kumpulan pemuzik punk rock yang diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1991 dan masih lagi segar bergiat di dalam pergerakan muzik underground Malaysia sehingga sekarang.


Lain dari kebanyakkan kumpulan muzik underground awalan yang seangkatan dengan mereka yang menjejak langkah ke arena arus perdana (mainstream), setelah mengeluarkan album pertama pada tahun 1993, Carburetor Dung memilih untuk terus beraksi secara DIY (Do-It-Yourself) atau independen, tanpa diikat oleh kontrak dengan syarikat rakaman korporat atau pun mengarapkan paparan media massa arus perdana. Mereka merakam dan mengeluarkan hasil rakaman lagu-lagu mereka dan menjalankan aktiviti mereka secara tersendiri.



Paparan lirik-lirik lagu Carburetor Dung berkisar pada tema-tema kepincangan masyarakat, ketidakadilan, pembodohan rakyat oleh pihak media dan juga warna-warna hidup orang muda di Kuala Lumpur; manakala muzik mereka dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan Punk Rock dari dunia Barat terutama dari England dan Amerika Syarikat disekitar era awal 80an.


Selama ini Carburetor Dung telah menghasilkan dua album iaitu Songs For Friends (1993) dan The Allure of Manure (1999), mereka juga telah menyumbang lagu-lagu mereka kepada beberapa album kompilasi di Malaysia dan juga di luar negara. Pada tahun 2000 sebuah single berbentuk piring hitam 7 inci bertajuk Sheepfarming in Malaysia telah dikeluarkan di London.



Rakaman terbaru mereka adalah sebuah lagu bertajuk "Mari Nyanyi Menjilat", yang dimuatkan didalam kompilasi Radio Malaya dan dikeluarkan pada bulan April 2006.


Asal usul

Nama Carburetor Dung mula dipakai oleh kumpulan ini dengan masuknya Joe Kidd sebagai pemain gitar pada akhir 1992. Sebelum itu mereka menggunakan nama Stormfish. Pengasas kumpulan ini adalah pemain bass Fendi, yang berhijrah ke Kuala Lumpur dari Taiping, Perak. Stormfish dimulakannya bersama kawan-kawan yang juga berasal dari Taiping, iaitu Joe Mechanic (dram) dan Azrin (gitar). Apabila Joe Mechanic kembali ke Taiping, ia telah diganti oleh Adam.


Ahli-ahli Stormfish dikala itu sentiasa berkumpul di Central Market, dimana pelbagai kumpulan-kumpulan underground generasi kedua mula bertapak dan bergaul dengan generasi pertama seperti Blackfire, Nemesis, Punisher, Rator dan lain-lain. Kebanyakkan mereka suka berlatih atau menjalankan rehearsal di studio-studio jamming sekitar Pertama Kompleks, terutama di Amerah Studio.


Pada awal 1992, pemain gitar dan vokalis kumpulan Deflowered, Joe Kidd, yang sentiasa mengikuti sesi jamming Stormfish sebagai pemerhati mula menjadi ahli tetap. Pada mulanya sebagai pemain bass tetapi tidak lama kemudian ia bertukar sebagai pemain gitar.


Dalam pertengahan 1992, Stormfish ditukar nama kepada Carburetor Dung (sebuah nama yang pernah diguna oleh Joe Kidd untuk kumpulan pertamanya dalam tahun 1990). Apabila Adam mula menhadapi masalah untuk hadir ke sesi rehearsal, beliau telah diganti oleh pemain dram baru Shahlan.


Sama seperti Joe Kidd, Shahlan berasal dari Terengganu dan pernah bermain dram dengan kumpulan Punk Rock awalan Terengganu seperti Mallaria dan juga The Stoned Crows. Tidak lama selepas Shahlan menjadi ahli baru, pemain gitar asal Azrin terpaksa keluar untuk menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya. Nota: Pada akhir 1992 Azrin muncul dengan kumpulan barunya Subculture.




Joe Kidd - gitar/vokal, Fendi - bass/vokal and Shahlan - dram, terus giat jamming sehingga mereka mendapatkan seorang lagi pemain gitar iaitu Pari (atau Shahpari) yang pada masa itu juga bergiat dengan kumpulan ART (atau Against Racism of Today). Pada akhir 1992, mereka dikemaskan lagi dengan pemain dram baru, Lan Bear, yang juga pemain gitar untuk Infectious Maggots dan ABC... Dead. Kedua-dua Lan Bear dan juga Pari berasal dari Negeri Sembilan. Dengan adanya Lan Bear, Shahlan mula menjadi penyanyi utama.


Permulaan

<coming soon>


Pertengahan

<coming soon>


Limbo

Setelah berdiam diri dari September 1999 ke Jun 2002, Carburetor Dung kembali dengan beberapa pemain dram sambilan, seperti Asma, Panther dan Meny (semuanya ahli-ahli kumpulan-kumpulan underground yang bertapak di Kuantan, Pahang). Pada masa ini line-up tetap kumpulan Carburetor Dung adalah Lee - vokal, Joe Kidd - gitar dan Fendi - bass.


Pada 31hb Disember 2002 Carburetor Dung beraksi dipentas di No Black Tie, sebagai menyambut Tahun Baru. Gig ini adalah gig terakhir Carburetor Dung dengan Lee sebagai penyanyi. Lee kemudiannya berhijrah ke Adelaide, Australia.


Carburetor Dung sekali lagi berdiam diri, walau bagaimana pun tiga lagu rakaman rehearsal mereka telah dikeluarkan didalam kompilasi Non-Conformity, keluaran Knot Records pada bulan Jun 2003.


Sekarang

Pada bulan Disember 2003, Carburetor Dung mula aktif kembali dengan pemain dram Apuk (dari kumpulan Kuchalana). Mereka kemudian tampil dengan penyanyi baru Alak (dari kumpulan Pusher). Line-up ini, Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Apuk - dram dan Alak - vokal, merakamkan lagu Johnny untuk kompilasi The Dude Puked On My Lap, keluaran fanzine Coalition.


Mulai Disember 2004, Carburetor Dung sekali menukar pemain dram. Kali ini mereka menampilkan pemain dram veteran, Bullet, bekas ahli kumpulan Thrash Metal awalan seperti Nemesis dan juga Punisher. Line-up ini merakamkan lagu Mari Nanyi Menjilat untuk kompilasi Radio Malaya.


Line-up sekarang: Joe Kidd - gitar, Fendi - bass, Alak - vokal dan Bullet - dram


Ahli-ahli:

Anggota Sekarang

Alak - vokal

Joe Kidd - gitar (terdahulunya sebagai bass)

Fendi - bass

Bullet - dram


Anggota Terdahulu:

Shahlan - dram, vokal

Lee - vokal

Azrin - gitar

Pari (Shahpari) - gitar

Adam - dram

Joe Mechanic - dram

Lan "Bear" - dram

Apuk - dram

Anggota sambilan

Asma - dram

Panther - dram

Lee - dram


Album:

Songs For Friends (Kaset 1993)

– Boo Hoo Clapping Song (5:36)

– Don't Know (2:29)

– Labour Of Hate (5:48)

– Carburetor Dance (3:01)

– Slam Safe Today (4:49)

– Property Properly (3:03)

– Song For A Friend (1:20)

– Liar (3:27)

– Cruel Blue Van (3:24)

– Bucknaked (2:46)

– Oppression (4:17)

– You're A Problem (Not A Solution) (3:23)

– Jump Down Lemonade (2:44)

– Farewell (5:21)


The Allure of Manure (Kaset 1999)

– Our Voice/The Flag

– The Line

– Pay Day

– Wide Awake

– Do Nothing

– Don't Wanna Be You

– Happy

– Hole


Kredit : Wikipedia





Saturday, July 6, 2024

NUX Mighty Lite BT MKII-The Perfect Choice


The NUX Mighty Lite BT MKII is a new standard for the mini-class amplifiers. It’s lightweight and small all-in-one portable guitar amplifier. It’s a low-watt practice amp that you can use in any room at your home, put on a desk or take it wherever you want and jam, via the battery-powered operation or USB to power bank connection.


It features three channels, built-in digital reverb, and delay, Nux user-friendly interface design. It also offers an auxiliary line-in and Bluetooth connection for jamming along to your own music. You can improve your jamming skill along with built-in drums and metronome as well.




It has good sounding and clean overdrive and distortion channels. With a single coil or humbucker pickup guitar, you can dial up to create any music style sound, such as pop, rock, blues, and metal and more.




Enhance your sound with digital effects; Nux Mighty Lite BT MKII has filters and digital effects. You can easily reach the Delay and Reverb effect controls by amp’s interface. And there is more to unlock via Mighty Lite BT mobile APP.


Your sound is ready to rock now!

Link:
https://s.shopee.com.my/40LxDBkFze?share_channel_code=2


Monday, June 24, 2024

Trivia Dato Jamal Abdillah

Jamal Abdillah, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah bin Haji Ali, adalah seorang penyanyi dan artis terkenal dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 Mei 1959 di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. 


Beliau dikenali dengan suara yang unik dan gaya bernyanyi yang memukau, yang telah menjadikannya sebagai salah satu ikon dalam industri muzik Malaysia.



Karier seni Jamal Abdillah bermula pada tahun 1979 ketika beliau memenangi pertandingan Bintang RTM, yang kemudian membawa kepada penandatanganan kontrak dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). 


Penampilan beliau dalam acara realiti ini telah membuka pintu untuknya dalam industri muzik Malaysia yang berkembang pesat pada masa itu.


Pada awal 1980-an, Jamal Abdillah mula meraih populariti yang besar dengan lagu-lagu seperti "Kau Lupa Janji" dan "Gadis Melayu". Gaya vokalnya yang emosional dan penampilannya yang karismatik memenangi hati ramai, menjadikannya sebagai salah satu penyanyi paling berpengaruh dalam genre muzik pop Malaysia. 




Beliau juga dikenali dengan kerjasama yang berjaya bersama komposer terkenal seperti M. Nasir dan Loloq.




Selain daripada kejayaan dalam muzik pop, Jamal Abdillah juga berjaya mengekalkan populariti dalam pelbagai genre muzik termasuk lagu-lagu balada dan rock. Beliau telah menghasilkan beberapa album yang memenangi anugerah dan terus aktif dalam persembahan langsung di dalam dan luar negara.




Secara keseluruhan, Jamal Abdillah bukan sahaja merupakan satu ikon dalam sejarah muzik Malaysia, tetapi juga merupakan seorang yang berjaya mengekalkan kehadiran dan relevansi dalam industri muzik selama lebih empat dekad.

Wednesday, June 19, 2024

SERJ TANKIAN KEHILANGAN PENGGEMAR

 SISTEM A DOWN's SERJ TANKIAN mengatakan dia "Okay" dengan KEHILANGAN PENGGEMAR kerana aktivisme beliau.


Tankian tidak pernah malu apabila bercakap tentang kepercayaannya, malah menjadi tumpuan dokumentari 2021 "Truth to Power" di mana dia bercakap tentang aktivisme politiknya di A.S. dan juga di Armenia.




Dalam bercakap dengan NPR baru-baru ini dalam promosi autobiografi barunya "Down with the System," Tankian ditanya bagaimana perasaannya tentang kemungkinan kehilangan peminat atas aktivisme dan kepercayaannya.


“Saya tidak mengapa dengan itu kerana seorang artis tidak sepatutnya memuaskan hati semua orang,” kata frontman. "Seorang artis sepatutnya cuba menerima melalui kesedaran bersama apa sahaja kebenaran yang kita cuba jalani, kebenaran zaman kita. Jika kita tidak boleh melakukannya sebagai artis, maka kita adalah penghibur. Dari hari pertama, anda perlu membuat pilihan itu: Adakah anda seorang penghibur sahaja atau anda akan menjadi seorang artis? Jika anda seorang penghibur, itu hebat; terdapat banyak penghibur yang saya ikuti dan suka. Tetapi jika anda akan menjadi seorang artis, maka jalan itu tidak akan mudah. Anda perlu jujur dengan diri sendiri dan orang lain pada setiap masa, dan orang akan menyukai anda dan orang akan membenci anda, dan tidak mengapa. 



Dia meneruskan: "Saya lebih kepada aktivis dalam kumpulan ini berbanding orang lain. Sentiasa ada tolakan dan tarikan di antara mesej dan muzik. Lelaki lain, memang patut, tidak mahu muzik itu menjadi mangsa oleh mesej pada setiap masa. Saya faham bahawa kerana saya suka muzik juga, tetapi apabila ada [mesej] yang perlu disebarkan, saya rasa seperti itu sama pentingnya, jika tidak lebih penting, daripada muzik. 


"Down With the System" bermula dengan Tankian, juara lama perjuangan Armenia, yang diilhamkan oleh Howard Stern pada tahun 2001 untuk esei yang beliau tulis dipanggil "Understanding Oil," disiarkan di laman web kumpulan itu pada hari-hari selepas 9/11. 


Beliau menyebut 9/11 sebagai "tindak balas terhadap ketidakadilan yang ada di seluruh dunia, umumnya tidak dilihat oleh kebanyakan rakyat Amerika." 


Dengan keadaan Amerika yang goyang akibat serangan itu, esei itu mencetuskan kontroversi yang besar. Stern memberitahu pendengar bagaimana Tankian "mengatakan perkara yang betul" pada rancangan itu, dan Tankian menyebutnya sebagai peluang yang terlepas untuk menyatakan fikirannya mengenai dasar luar Amerika. 




Dia berikrar tidak akan membiarkan perkara itu berlaku lagi. Tankian pernah lantang bercakap dengan The Times tentang bukunya, sebab dia optimis tentang Armenia, dan sama ada kita mungkin melihat album lain daripada System of a Down.


Foto oleh Sergei Gapon

Monday, June 17, 2024

Fakta Tentang Search dan 90's Fest Indonesia

Dokumentari tentang Kumpulan Search dari Malaysia





Kumpulan Search adalah salah satu kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia yang telah menampilkan bakat unggul dalam muzik rock sejak tahun 1980-an.


Sejarah Awal Search diasaskan pada tahun 1981 di Johor Bahru oleh Amy Search dan kawan-kawannya.



Mula-mula terkenal dengan lagu-lagu rock keras yang memenangi hati peminat muzik rock tempatan.



Perjalanan KarierAlbum pertama, "Cinta Buatan Malaysia" (1985), mendapat sambutan hangat.Ketokohan mereka melonjak dengan album "Isabella" (1989) yang menjadi hit besar.



Pencapaian TertinggiLagu "Isabella" menjadi lagu ikonik mereka dan menarik perhatian di peringkat antarabangsa.



Berjaya menembusi pasaran luar negara, khususnya di Indonesia dan Singapura.Kejayaan mereka melahirkan era baru dalam muzik rock Malaysia.



Cabaran dan Perubahan


Menghadapi cabaran dalam mengekalkan populariti dan kreativiti dalam industri muzik yang berubah-ubah.Perubahan dalam anggota kumpulan dan adaptasi kepada perubahan selera muzik masyarakat.



Warisan dan Pengaruh


Warisan mereka masih kekal kuat dalam seni muzik Malaysia, terutamanya dalam genre rock.Pengaruh mereka dapat dilihat dalam generasi baru kumpulan rock Malaysia.


Rokumentari tentang Kumpulan Search


Fokus Rokumentari


Menggambarkan evolusi muzikal Search dari asal hingga kini.Mendedahkan proses kreatif dan penghasilan lagu-lagu ikonik mereka.Memaparkan perjalanan kumpulan melalui sorotan unik dari sudut pandang para anggota.


Interviu dengan Amy Search dan ahli kumpulan lain untuk mengenal pasti pengaruh mereka dalam industri muzik Malaysia.Reaksi mereka terhadap impak lagu-lagu mereka dalam masyarakat.


Gaya Visual dan Suara


Menggabungkan rakaman arsip, persembahan langsung, dan cerita-cerita dari orang yang terlibat untuk membina naratif yang mendalam.Gaya visual yang dinamik untuk mencerminkan atmosfer rock klasik dan kehadiran mereka di atas pentas.


Search juga diumumkan bakal beraksi dalam acara The 90s Festival yang berlangsung di Indonesia.


Search bakal sepentas dengan beberapa band hebat yang lain seperti Suede, Steelheart, Dewa19, Slank, Ronan Keating dan banyak lagi. 


Acara tersebut bakal berlangsung di Gambir Expo Kemayoran Jakarta pada 10-11 Ogos 2024.


Beli boxset Search👇

https://s.shopee.com.my/4AetB4nBBW?share_channel_code=2


Info The90sfestival


Credit: Kugiran


Kesimpulan


Rokumentari ini bertujuan untuk mempersembahkan kisah yang belum pernah diceritakan sebelum ini tentang salah satu kumpulan rock paling berpengaruh dari Malaysia.



Memperingati warisan mereka dan menyemai semangat generasi baru dalam muzik rock tempatan.


Dengan fokus yang tepat pada pencapaian dan pengaruh mereka, dokumentari dan rokumentari ini akan memberi penghormatan yang layak kepada Kumpulan Search dalam sejarah muzik Malaysia.

Monday, May 6, 2024

Spider Keluar Sarang LIVE in Kuala Lumpur jadi saksi 'pertempuran' 3 DEKAD karier Spider

SPIDER Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024. Begitu nama konsert yang telah ditunggu sekian lama bukan hanya dalam kalangan peminat tetapi kugiran rock dan ska tanah air ini sendiri. Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin, dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur. 





 Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja. Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya sinis dalam stail tersendiri. 





Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir, Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.


Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.




Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In

Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.



“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.



“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.




“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.


“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.




Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.



“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia. — 


Sumber:Majoriti.com



Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”

Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”



Kadang-kadang kita ni sampai ke sudah tak nampak potensi diri. Tapi bila orang lain nampak, kita terus capai perkara yang diluar kotak. Contoh paling dekat adalah Tam Spider. Sebab dia pada asalnya merupakan gitaris kedua Spider.


Persoalannya macam mana Tam boleh jadi vokalis?




Sebenarnya kumpulan Spider dah wujud di Johor sejak 1996. Cuma masa tu Tam bukanlah vokalis. Sama macam band-band lain, Spider pergi ke Kuala Lumpur untuk bagi demo tape kepada syarikat rakaman.



Ketika itu, M.Nasir telah mendengar keseluruhan lagu dalam demo tersebut. Bila sampai lagu terakhir, M.Nasir pelik sebab yang nyanyi adalah orang lain. Deme pun cakap itu suara gitaris kedua iaitu Tam.





M.Nasir berpendapat Spider kalau nak pergi jauh, Tam kena jadi vokalis. Bermula dari situ Tam terus menjadi vokalis tetap Spider. Hasilnya, Spider terkenal dalam sekelip mata.



Bayangkan je lah album Spider seperti Aladin terjual sekitar 60,000 unit. Malah Spider juga menjadi band pertama Malaysia yang berjaya menghambat penguasaan muzik Indonesia di corong-corong radio. Spider juga dibantu oleh Exists, Pretty Ugly, OAG dan band-band lain untuk menamatkan terus dominasi muzik Indonesia.


Kemuncaknya, Spider berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu melalui Relaku Pujuk. Menariknya persembahan Spider sangat simple dan tak perlu sesuatu keterlaluan. 


Tam pulak bukan sahaja berbakat sebagai vokalis, dia juga mampu menghasilkan lagu. Oleh sebab itu Spider tidak bergantung sangat kepada komposer luar. Spider juga bebas menentukan arah muzik deme sendiri.


Dekat sini kita faham, kejayaan itu akan hadir bila kena pada tempatnya. Adakalanya juga kita perlukan orang lain untuk sedari potensi kita. Sama macam Tam Spider.




Kepada korang semua sebelum putus tali Tuhan Yang Esa, jangan kau berputus asa. 


Credit: The Patriots


---


Kalau korang nak tahu lebih banyak kisah inspirasi macam Tam Spider, boleh baca buku HIDDEN GENIUS.


Dapatkan segera di :

BUKU HIDDEN GENIUS







Friday, May 3, 2024

SHERIFF atasi filem antarabangsa, catat kutipan teratas 2024

 Kuala Lumpur: Kutipan filem Sheriff kini berada di tangga nombor satu untuk tahun 2024 di Malaysia termasuk mengenepikan filem-filem antarabangsa selepas meraih RM35.3 juta untuk 11 hari tayangannya.



Pengarahnya Syafiq Yusof, 32, akui memang terharu dengan sambutannya yang luar biasa selain sokongan tidak putus-putus diberikan pelbagai pihak.



"Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun sudah memasuki hari ke-11. Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff.


KEELAT PORTABLE FAN TERHANGAT DI PASARAN!!

KEELAT PORTABLE FAN TERHANGAT DI PASARAN!!




"Serta pihak media dan pempamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini," katanya.



Impian untuk melakar sejarah buat keseluruhan yang terbabit menerusi naskhah terbitan Skop Productions dan Astro Shaw nampaknya tertunai jua.



Apalagi berjaya mengenepikan filem besar antarabangsa. 



Terdahulu, Penerbit Eksekutif filem ini merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan keyakinan Sheriff mampu lakar sejarah tersendiri.




"Tidak mustahil filem arahan Syafiq itu mampu mencipta sejarah baharu dalam industri perfileman tempatan. "Kami mengharapkan penonton yang belum menonton Sheriff tidak ketinggalan menonton dan menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza," katanya.





Rata-rata penonton memberikan bintang tertinggi selepas menyaksikan filem dibintangi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan itu.

Sunday, January 7, 2024

Rotosound RS66LB Stainless Steel Bass Strings (35-90)

 Rotosound RS66LB Stainless Steel Bass Strings (35-90)


Who used rotosound strings?


Check out RotoSound RS665LC 5-Str Bass 40-125 Strings for RM149.96. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/5AdyGrCx6w?share_channel_code=2.



From Pink Floyd to Guns 'n Roses, Queen to Nirvana, the best players in the world have chosen Rotosound strings. We've collaborated with rock legends to develop our strings including Iron Maiden's Steve Harris, Billy Sheehan, and The Who's John Entwistle.




This is the roundwound string that James How and John Entwistle perfected into what was to become the industry standard.


The bright, punchy, high-energy sound of Swing Bass 66 strings is a major part of earlyrock music history and brought the bass player from the back line to the front of the stage


FOR THE PLAYERS


Inspired by the penetrating tone of legends such as John Entwistle and Chris Squire, players worldwide have strung up their bass guitars with Swing Bass 66 strings.




The distinctive sound of our roundwound Swing Bass 66 strings have been used by the bass-world’s biggest hitters such as Jaco Pastorius, Geddy Lee, Billy Sheehan, Noel Redding, Duff McKagan, and John Paul Jones. The bright red silk ends are hard to miss!




🎵 U2’s “With or Without You”: The Timeless Pulse of Love and Longing

In the pantheon of timeless rock ballads, few songs resonate as deeply and enduringly as U2’s “With or Without You.” Released in 1987 as t...