Cool to surf...

Monday, February 13, 2023

PONY CANYON Suatu Ketika..

Pony Canyon (株式会社ポニーキャニオン, Kabushiki gaisha Ponī Kyanion), ialah sebuah syarikat Jepun yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1966,[1] yang menerbitkan, DVD dan video VHS, filem, dan permainan video. Ia merupakan anak syarikat kumpulan media Jepun Fuji Media Holdings.


Anak syarikat:

PCI Music

Pony Canyon Enterprises

Exit Tunes, Inc.

Pony Canyon Korea (84%)

InterGlobal Music


Artis:

Di bawah ialah antara senarai artis muzik yang terpilih menandatangani bersama Pony Canyon.


+Plus

A.B.C-Z

Aaron Yan

Λucifer (1999–2000)

Ai Maeda

aiko

Ami Wajima

Arashi (moved to J Storm in 2002)

Asriel (2014–present)

Aya Ueto

Ayana Taketatsu

B1A4 (Band Korea)

Babyraids

Bananarama

Band-Maid

Berryz Koubou

Blood Stain Child

BTS (Korean Band)

Buono! (moved to Zetima in 2011)


Artis Malaysia


Terdapat juga artis Malaysia yang pernah bernaung di bawah Pony Canyon.


1. Amy Mastura

Amy Mastura Suhaimi (lahir 10 Mei 1971) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana beliau kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.




Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang pesara tentera, beliau cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. 


Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, beliau telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.


Pada Mac 2011, Mastura menjadi duta baru Kosé, jenama kosmetik Jepun. Beliau menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.


2. Aznil Nawawi

Datuk Aznil bin Haji Nawawi (lahir 6 November 1962), lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, pengarah, penyanyi, penghibur dan penyampai radio di Malaysia. Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.



Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia, TV3. Sepanjang bersama TV3, antara rancangan dikendaikan oleh beliau ialah Buletin Utama (sebagai penyampai berita), Melodi dan Pop Kuiz (kedua-duanya menampilkan beliau sebagai pengacara). Pada tahun 1996, beliau melancarkan album pertama Macam-Macam di bawah syarikat rakaman Pony Canyon. 


Bagi kerjayanya sebagai pelakon, Aznil telah membintangi beberapa kredit filem seperti Sama Tak Serupa (1995), Aku No. 1 (2004), Cicak-Man (2006) dan Magika (2010). Beliau melancarkan kerjaya muziknya pada 1996 dengan pelancaran album pertama, Macam-Macam terbitan Pony Canyon dengan single hits "Jumpa Di Sana" dan diikuti oleh album kedua, Aznil terbitan KRU Records pada 2008.

3. KU-2



Kumpulan KU2 merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.


1. Motivasi (1995)


01 Nicky & Rozie


02 Lagu Melayu


03 Kau Keluar Dengan Siapa


04 Surat Untuk Ayahanda, Bonda


05 Tak Tahu


06 Motivasi


07 Baliklah Jang


08 Parti Demokrasi


09 Biarkan


10 Alasan



2. Evolusi (1997)


01 Boria 97


02 Nicky & Rozie II


03 Dengki


04 Blues Untuk Aku


05 Jauhkan!


06 Aku Benci Spiral


07 Pesan Ibu Bapa


08 Tapi Kau Takde!


09 Maysan


10 Tidur (Hari Dah Malam)



3. Album Baru Aku! (1999)


01 Album Baru Aku


02 Pertemuan Di Lebuh Raya


03 Marka KL


04 Tak Tahan Lagi


05 Mana Ada Jalan


06 Kasihku


07 Peduli Apa Aku


08 Gadis Ayu


09 Badut Kota


10 Metalabbacow

Al-Fatihah diucapkan kepada kedua-dua anggota KU-2 Husni Mohd Rawi(Bob Kuman) dan 

Khuzami Ismail(Kumin) yang telah pun menghadap Ilahi...


4. Samurai


Antara band trash metal yg pernah bernaung di bawah Pony Canyon adalah Samurai yg berasal dari Muar,Johor

SAMURAI dianggap band underground pertama di Johor, wujud semenjak 1989 dengan nama asal NUCLEAR DEATH sebelum bertukar nama kepada OPERATION CORPSE sekitar 1992. 

Di bawah nama SAMURAI, mereka merakam dan merilis 3 buah album; "Pendekar Belantara" (2000), "Konfrantasia" (2001) dan "Angker" (2003).




Years active:

1989-1992 (as Nuklear Death), 1992 (as Operation Corpse), 

Compilation appearances:

- "Di Pintu Sepi", "Mat Rock" on Brutal All Star - Tribute to Search (PonyCanyon Music (M) Sdn. Bhd., 1999)

- "Journey" on Hail to the King - Tribute to Cromok (Clockwork Record, 2007)






5. Yana Yunus


Yana bukanlah nama baharu dalam bidang nyanyian kerana pernah dilamar sebagai artis rakaman Pony Canyon (M) Sdn Bhd (kini Interglobal Music) ketika berusia 15 tahun untuk diperkenalkan sebagai penyanyi dangdut.


Bagaimanapun, perancangan bertukar apabila dia digandingkan dengan kumpulan rock Babylon dalam album metal rock.




"Bersama mereka, banyak pengalaman yang diperoleh sekali gus menjadikan saya seorang penyanyi 'versatile'. Ikutkan perasaan kecewa ada juga kerana hasrat untuk ada album sendiri tidak kesampaian.


"Namun, pada usia muda saya tidak boleh berbuat apa-apa. Lagipun, ketika itu negara berdepan krisis ekonomi dan banyak album tidak mendapat sambutan. Ada sebab Pony Canyon berbuat demikian," katanya.


Yana meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi di hotel dan kelab selepas itu. Dia juga berasakan dirinya serasi menyanyi dengan band.





Coming next kita akan turut mengulas syarikat-syarikat rakaman yg pernah bertapak di Malaysia seperti EMI,BMG,Polygram dll....stay tune

No comments:

Post a Comment