Cool to surf...

Tuesday, February 14, 2023

Penjenamaan semula julang kembali kegemilangan EMI

 Syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.


Menerusi syarikat Universal Music yang mengambil alih label EMI pada 2013, ia bertujuan untuk memelihara dan mengembangkan warisan negara.



"Kami di Universal Music menghargai karya muzik dan karyawan lama dan baharu. Kami mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia," kata Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Loan Cheong 


Katanya, antara perancangan awal adalah pelancaran beberapa buah siri album seperti "100 Lagu-Lagu Popular Pilihan DJ Chuari Selamat", siri album Bintang Pujaan, siri 24-Bit Mastering-EMI, dan kompilasi Nostalgia Aku, Kau dan Dia.


"Seterusnya kami akan mengadakan showcase, konsert, persidangan forum muzik, dan menerbitkan album dalam bentuk CD, piring hitam, dan digital.


"Kami mendapati trend piring hitam atau vinyl begitu popular di Barat, jadi kami akan cuba dengan album tempatan," katanya.


Dengan proses penjenamaan semula, Presiden Kumpulan Universal Music (Asia Tenggara) Sandy Monteiro berkata semua artis tempatan bawah Universal akan berada di bawah label EMI.


"Ini kerana kita mahu memanjangkan sejarah EMI dengan artis-artis yang aktif sekarang ini iaitu seramai 40 artis," katanya.


Sementara itu, proses penjenamaan semula ini disambut baik oleh beberapa penggiat seni


Komposer terkenal Fauzi Marzuki akui jenama EMI sudah menurun sejak kebelakangan ini.


"Proses penjenamaan ini amat bagus kerana saya masih lagi di bawah EMI. Karya-karya masih diterbiktan pihak mereka.


"Cuma saya harap dengan penjenamaan ini, mungkin ada karya-karya baharu yang boleh memasuki pasaran luar," katanya.


Penyanyi Herman Tino berkata ia merupakan strategi perniagaan yang bagus.


"Saya tahu ini merupakan satu strategi perniagaan dan juga strategi bagaimana hendak membuat duit. Namun ini juga strategi yang bagus kerana EMI mempunyai khazanah yang banyak.


"Mereka mempunyai banyak lagu lama-lama. Ia harus diingati," katanya.


Penyanyi dan komposer Datuk DJ Dave turut berkata berita tentang penjenamaan semula EMI merupakan satu perkembangan yang menyegarkan.


"Industri muzik ini tiada berita yang baharu jadi ini merupakan perkembagan yang bagus.


"Ini juga merupakan satu evolusi yang akan berterusan. Terdapat artis baharu dengan rentak baharu tetapi lagu-lagu lama masih evergreen. Orang-orang muda pun masih suka lagu-lagu lama," katanya.


Sementara itu,Universal Music turut berbangga di atas kejayaan artis naungan atau kerjasama mengungguli kategori dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang dipancarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL)


Ini termasuklah kumpulan Dolla yang dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Fattah Amin (Pelakon Filem Lelaki Popular) dan lagu Nafas Cinta kolaborasi Khai Bahar dan Aina Abdul memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular juga menjadi terbitan Universal Music.


Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, pihaknya bangga dengan kejayaan dan pencapaian diraih artis naungan mereka.


"Universal Music terharu dengan kejayaan dikecapi artis naungan dan kerjasama.

"Malah, kami menaruh harapan besar Dolla boleh melakukan anjakan pada kerjaya dengan lebih jauh selepas kemenangan, begitu juga Fattah," katanya kepada HIP.


Menepati ramalan, Dolla dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby menangi Artis Baharu Wanita Popular dengan mengetepikan Aisha Retno, Farisha Iris, Norreen Iman dan dan Loca B.



Dolla menyifatkan, kejayaan pertama ABPBH 34 itu menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan terbaik pada industri muzik tanah air.


"Kami berbesar hati menang Artis Baharu Wanita Popular. Kami percaya calon lain juga hebat dan layak untuk menang.


"Tetapi, rezeki kepada Dolla. Kami bersyukur pengundi dan kelab peminat, iDollas bertungkus lumus mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Dolla.


Kata Dolla, mereka berharap peminat akan terus memberikan sokongan pada setiap projek yang bakal dilancarkan.


"Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik dan berharap cara ini membalas semula usaha dan kerja keras peminat yang pengundi.


"Harap peminat dapat menantikan projek baharu Dolla, tidak lama lagi," katanya.



Antara artis yang pernah bernaung di bawah syarikat EMI:

A

Ahmad Jais

Aman Shah

Anuar & Ellina (kumpulan duet Malaysia)

Ahmad Nawab

Aishah

Anita Sarawak

Amuk (kugiran)

B

Black Dog Bone (kumpulan pop Malaysia)

Bob Rezal

C

Carefree (kumpulan pop Malaysia)

Cenderawasih (kumpulan pop Malaysia)


D

D J Dave


E

Eddy Nor Ali

Ella


F

Fazidah Joned

Fauziah Latiff

Freedom (kumpulan pop Malaysia)


G

Gaya Zakry


H

Habibah Yaakub

Halil Chik

Hail Amir

Herman Tino


I

Isma Aliff

Ismail Haron


J

Junainah M. Amin

Julie Remie


K

Kartina Dahari

Kamariah Noor


L

Latif Ibrahim


M

Maria Menado

M. Bakri


N

Normadiah

Nona Asiah

Noorkumalasari


O

OAG (kumpulan pop Malaysia)





P

P. Ramlee

Rahimah Rahim

Raja Ema

Rina Rahman

Rosemaria

Rose Iskandar

Ruffedge

ROCKERS-AIDILFITRI 1990





S

Saloma

Sarena Hashim

Sanisah Huri

Sharifah Aini

Sudirman Haji Arshad

Sheila Abdull

Sheila Majid

Sweet September (kumpulan pop Malaysia)


T

Trio Manja


U

Uji Rashid



Z

Ziana Zain

Zaleha Hamid


*‼️APP BARU 🐻Bit-bears🐻* πŸ”₯(KEMBAR HALLEY DRAGONπŸ”₯ CEPAT REGISTER πŸ‘‡ https://s.bit-bears.com/EN/pMPwi 🐻 Lepas Register Boleh aktifkan mesin Free Newbie dapat *RM0.34 sehari* 🐻Boleh Withdraw / Deposit Bank MALAYSIA , USDT , BTC 🐻Min.Withdraw RM100 /10USD 🐻Ada Komisen Downline 10%-5%-3% 🐻Boleh Beli mesin utk tambah income,

πŸ‘‰Contoh Mesin RM21 boleh hasilkan RM8.42 sehari (ada byk lagi mesin lain)


CEPAT REGISTER πŸ‘‡ https://s.bit-bears.com/EN/pMPwi




No comments:

Post a Comment