Blog Archive

Wednesday, June 19, 2024

SERJ TANKIAN KEHILANGAN PENGGEMAR

 SISTEM A DOWN's SERJ TANKIAN mengatakan dia "Okay" dengan KEHILANGAN PENGGEMAR kerana aktivisme beliau.


Tankian tidak pernah malu apabila bercakap tentang kepercayaannya, malah menjadi tumpuan dokumentari 2021 "Truth to Power" di mana dia bercakap tentang aktivisme politiknya di A.S. dan juga di Armenia.




Dalam bercakap dengan NPR baru-baru ini dalam promosi autobiografi barunya "Down with the System," Tankian ditanya bagaimana perasaannya tentang kemungkinan kehilangan peminat atas aktivisme dan kepercayaannya.


“Saya tidak mengapa dengan itu kerana seorang artis tidak sepatutnya memuaskan hati semua orang,” kata frontman. "Seorang artis sepatutnya cuba menerima melalui kesedaran bersama apa sahaja kebenaran yang kita cuba jalani, kebenaran zaman kita. Jika kita tidak boleh melakukannya sebagai artis, maka kita adalah penghibur. Dari hari pertama, anda perlu membuat pilihan itu: Adakah anda seorang penghibur sahaja atau anda akan menjadi seorang artis? Jika anda seorang penghibur, itu hebat; terdapat banyak penghibur yang saya ikuti dan suka. Tetapi jika anda akan menjadi seorang artis, maka jalan itu tidak akan mudah. Anda perlu jujur dengan diri sendiri dan orang lain pada setiap masa, dan orang akan menyukai anda dan orang akan membenci anda, dan tidak mengapa. 



Dia meneruskan: "Saya lebih kepada aktivis dalam kumpulan ini berbanding orang lain. Sentiasa ada tolakan dan tarikan di antara mesej dan muzik. Lelaki lain, memang patut, tidak mahu muzik itu menjadi mangsa oleh mesej pada setiap masa. Saya faham bahawa kerana saya suka muzik juga, tetapi apabila ada [mesej] yang perlu disebarkan, saya rasa seperti itu sama pentingnya, jika tidak lebih penting, daripada muzik. 


"Down With the System" bermula dengan Tankian, juara lama perjuangan Armenia, yang diilhamkan oleh Howard Stern pada tahun 2001 untuk esei yang beliau tulis dipanggil "Understanding Oil," disiarkan di laman web kumpulan itu pada hari-hari selepas 9/11. 


Beliau menyebut 9/11 sebagai "tindak balas terhadap ketidakadilan yang ada di seluruh dunia, umumnya tidak dilihat oleh kebanyakan rakyat Amerika." 


Dengan keadaan Amerika yang goyang akibat serangan itu, esei itu mencetuskan kontroversi yang besar. Stern memberitahu pendengar bagaimana Tankian "mengatakan perkara yang betul" pada rancangan itu, dan Tankian menyebutnya sebagai peluang yang terlepas untuk menyatakan fikirannya mengenai dasar luar Amerika. 




Dia berikrar tidak akan membiarkan perkara itu berlaku lagi. Tankian pernah lantang bercakap dengan The Times tentang bukunya, sebab dia optimis tentang Armenia, dan sama ada kita mungkin melihat album lain daripada System of a Down.


Foto oleh Sergei Gapon

Monday, June 17, 2024

Fakta Tentang Search dan 90's Fest Indonesia

Dokumentari tentang Kumpulan Search dari Malaysia





Kumpulan Search adalah salah satu kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia yang telah menampilkan bakat unggul dalam muzik rock sejak tahun 1980-an.


Sejarah Awal Search diasaskan pada tahun 1981 di Johor Bahru oleh Amy Search dan kawan-kawannya.



Mula-mula terkenal dengan lagu-lagu rock keras yang memenangi hati peminat muzik rock tempatan.



Perjalanan KarierAlbum pertama, "Cinta Buatan Malaysia" (1985), mendapat sambutan hangat.Ketokohan mereka melonjak dengan album "Isabella" (1989) yang menjadi hit besar.



Pencapaian TertinggiLagu "Isabella" menjadi lagu ikonik mereka dan menarik perhatian di peringkat antarabangsa.



Berjaya menembusi pasaran luar negara, khususnya di Indonesia dan Singapura.Kejayaan mereka melahirkan era baru dalam muzik rock Malaysia.



Cabaran dan Perubahan


Menghadapi cabaran dalam mengekalkan populariti dan kreativiti dalam industri muzik yang berubah-ubah.Perubahan dalam anggota kumpulan dan adaptasi kepada perubahan selera muzik masyarakat.



Warisan dan Pengaruh


Warisan mereka masih kekal kuat dalam seni muzik Malaysia, terutamanya dalam genre rock.Pengaruh mereka dapat dilihat dalam generasi baru kumpulan rock Malaysia.


Rokumentari tentang Kumpulan Search


Fokus Rokumentari


Menggambarkan evolusi muzikal Search dari asal hingga kini.Mendedahkan proses kreatif dan penghasilan lagu-lagu ikonik mereka.Memaparkan perjalanan kumpulan melalui sorotan unik dari sudut pandang para anggota.


Interviu dengan Amy Search dan ahli kumpulan lain untuk mengenal pasti pengaruh mereka dalam industri muzik Malaysia.Reaksi mereka terhadap impak lagu-lagu mereka dalam masyarakat.


Gaya Visual dan Suara


Menggabungkan rakaman arsip, persembahan langsung, dan cerita-cerita dari orang yang terlibat untuk membina naratif yang mendalam.Gaya visual yang dinamik untuk mencerminkan atmosfer rock klasik dan kehadiran mereka di atas pentas.


Search juga diumumkan bakal beraksi dalam acara The 90s Festival yang berlangsung di Indonesia.


Search bakal sepentas dengan beberapa band hebat yang lain seperti Suede, Steelheart, Dewa19, Slank, Ronan Keating dan banyak lagi. 


Acara tersebut bakal berlangsung di Gambir Expo Kemayoran Jakarta pada 10-11 Ogos 2024.


Beli boxset SearchπŸ‘‡

https://s.shopee.com.my/4AetB4nBBW?share_channel_code=2


Info The90sfestival


Credit: Kugiran


Kesimpulan


Rokumentari ini bertujuan untuk mempersembahkan kisah yang belum pernah diceritakan sebelum ini tentang salah satu kumpulan rock paling berpengaruh dari Malaysia.



Memperingati warisan mereka dan menyemai semangat generasi baru dalam muzik rock tempatan.


Dengan fokus yang tepat pada pencapaian dan pengaruh mereka, dokumentari dan rokumentari ini akan memberi penghormatan yang layak kepada Kumpulan Search dalam sejarah muzik Malaysia.

Monday, May 6, 2024

Spider Keluar Sarang LIVE in Kuala Lumpur jadi saksi 'pertempuran' 3 DEKAD karier Spider

SPIDER Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024. Begitu nama konsert yang telah ditunggu sekian lama bukan hanya dalam kalangan peminat tetapi kugiran rock dan ska tanah air ini sendiri. Memilih tanggal 22 Jun 2024, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin, dan Nazraku dilantunkan dengan ‘gila’ dalam Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur. 





 Tentu sahaja membayangkan kelincahan Juara Lagu 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan sudah cukup membuat peminat teruja. Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya sinis dalam stail tersendiri. 





Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir, Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.


Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.




Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In

Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.



“Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.



“Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.




“Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.


“Dengan kredibiliti Spider ditambah mereka sudah lama tidak melakukan konsert solo sendiri, IFIX Entertainment berbesar hati membawakan Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 pada 22 Jun 2024,” ujar IFIX Entertainment.




Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.



“Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

“Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

“Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur paling kecoh pernah dianjurkan,” ujar Tam.

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia. — 


Sumber:Majoriti.com



Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”

Tam Spider: Dari Gitaris Kedua Kepada Vokalis Utama”



Kadang-kadang kita ni sampai ke sudah tak nampak potensi diri. Tapi bila orang lain nampak, kita terus capai perkara yang diluar kotak. Contoh paling dekat adalah Tam Spider. Sebab dia pada asalnya merupakan gitaris kedua Spider.


Persoalannya macam mana Tam boleh jadi vokalis?




Sebenarnya kumpulan Spider dah wujud di Johor sejak 1996. Cuma masa tu Tam bukanlah vokalis. Sama macam band-band lain, Spider pergi ke Kuala Lumpur untuk bagi demo tape kepada syarikat rakaman.



Ketika itu, M.Nasir telah mendengar keseluruhan lagu dalam demo tersebut. Bila sampai lagu terakhir, M.Nasir pelik sebab yang nyanyi adalah orang lain. Deme pun cakap itu suara gitaris kedua iaitu Tam.





M.Nasir berpendapat Spider kalau nak pergi jauh, Tam kena jadi vokalis. Bermula dari situ Tam terus menjadi vokalis tetap Spider. Hasilnya, Spider terkenal dalam sekelip mata.



Bayangkan je lah album Spider seperti Aladin terjual sekitar 60,000 unit. Malah Spider juga menjadi band pertama Malaysia yang berjaya menghambat penguasaan muzik Indonesia di corong-corong radio. Spider juga dibantu oleh Exists, Pretty Ugly, OAG dan band-band lain untuk menamatkan terus dominasi muzik Indonesia.


Kemuncaknya, Spider berjaya menjulang Anugerah Juara Lagu melalui Relaku Pujuk. Menariknya persembahan Spider sangat simple dan tak perlu sesuatu keterlaluan. 


Tam pulak bukan sahaja berbakat sebagai vokalis, dia juga mampu menghasilkan lagu. Oleh sebab itu Spider tidak bergantung sangat kepada komposer luar. Spider juga bebas menentukan arah muzik deme sendiri.


Dekat sini kita faham, kejayaan itu akan hadir bila kena pada tempatnya. Adakalanya juga kita perlukan orang lain untuk sedari potensi kita. Sama macam Tam Spider.




Kepada korang semua sebelum putus tali Tuhan Yang Esa, jangan kau berputus asa. 


Credit: The Patriots


---


Kalau korang nak tahu lebih banyak kisah inspirasi macam Tam Spider, boleh baca buku HIDDEN GENIUS.


Dapatkan segera di :

BUKU HIDDEN GENIUS







Friday, May 3, 2024

SHERIFF atasi filem antarabangsa, catat kutipan teratas 2024

 Kuala Lumpur: Kutipan filem Sheriff kini berada di tangga nombor satu untuk tahun 2024 di Malaysia termasuk mengenepikan filem-filem antarabangsa selepas meraih RM35.3 juta untuk 11 hari tayangannya.



Pengarahnya Syafiq Yusof, 32, akui memang terharu dengan sambutannya yang luar biasa selain sokongan tidak putus-putus diberikan pelbagai pihak.



"Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun sudah memasuki hari ke-11. Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff.


KEELAT PORTABLE FAN TERHANGAT DI PASARAN!!

KEELAT PORTABLE FAN TERHANGAT DI PASARAN!!




"Serta pihak media dan pempamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini," katanya.



Impian untuk melakar sejarah buat keseluruhan yang terbabit menerusi naskhah terbitan Skop Productions dan Astro Shaw nampaknya tertunai jua.



Apalagi berjaya mengenepikan filem besar antarabangsa. 



Terdahulu, Penerbit Eksekutif filem ini merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan keyakinan Sheriff mampu lakar sejarah tersendiri.




"Tidak mustahil filem arahan Syafiq itu mampu mencipta sejarah baharu dalam industri perfileman tempatan. "Kami mengharapkan penonton yang belum menonton Sheriff tidak ketinggalan menonton dan menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza," katanya.





Rata-rata penonton memberikan bintang tertinggi selepas menyaksikan filem dibintangi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan itu.

Sunday, January 7, 2024

Rotosound RS66LB Stainless Steel Bass Strings (35-90)

 Rotosound RS66LB Stainless Steel Bass Strings (35-90)


Who used rotosound strings?


Check out RotoSound RS665LC 5-Str Bass 40-125 Strings for RM149.96. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/5AdyGrCx6w?share_channel_code=2.



From Pink Floyd to Guns 'n Roses, Queen to Nirvana, the best players in the world have chosen Rotosound strings. We've collaborated with rock legends to develop our strings including Iron Maiden's Steve Harris, Billy Sheehan, and The Who's John Entwistle.




This is the roundwound string that James How and John Entwistle perfected into what was to become the industry standard.


The bright, punchy, high-energy sound of Swing Bass 66 strings is a major part of earlyrock music history and brought the bass player from the back line to the front of the stage


FOR THE PLAYERS


Inspired by the penetrating tone of legends such as John Entwistle and Chris Squire, players worldwide have strung up their bass guitars with Swing Bass 66 strings.




The distinctive sound of our roundwound Swing Bass 66 strings have been used by the bass-world’s biggest hitters such as Jaco Pastorius, Geddy Lee, Billy Sheehan, Noel Redding, Duff McKagan, and John Paul Jones. The bright red silk ends are hard to miss!




Wednesday, November 22, 2023

This is THE TOOL...

 • TOOL • 1991 w/ Tom Morrello in the audience. Early TOOL concert photo from 1991 in Los Angeles, with future Rage Against The Machine guitarist Tom Morrello watching in the front row. Morello and Jones, went to high school together in Illinois and started a band named Electric Sheep.




At this time, in 1991, Morrello's band Lock Up was coming to an end and he would form Rage Against The Machine soon after.


What is tools best selling album?
13.4 million: Tool's albums have sold a combined 13.4 million copies in the U.S., according to Nielsen Music. 4: All four of Tool's full-length studio albums have sold at least 1 million copies each. 

Their biggest seller is Aenima, with 3.7 million.

Additionally, Tool has received critical acclaim for their visual arts, incorporating elaborate and often symbolic imagery into their music videos and live performances. They have won numerous awards, including Grammy Awards for Best Metal Performance.

If you are interested in exploring Tool's discography, you can check out their official website or streaming platforms like Spotify or Apple Music. 

They have released five studio albums, one box set, two extended plays, four video albums, and have numerous singles. Some of their most popular songs include \"Schism,\" \"Stinkfist,\" \"Sober,\" and \"Lateralus.\"\n\nOverall, 

Tool's popularity can be attributed to their unique sound, thought-provoking lyrics, and innovative approach to music and visual arts. They have created a dedicated following of fans who appreciate their intricate compositions and profound exploration of deep and meaningful themes.







































Cara Buat Lagu Guna AI: 7 Aplikasi AI Muzik Terbaik Untuk Pemula (Panduan Lengkap 2026)

Teknologi Artificial Intelligence (AI) telah mengubah cara muzik dihasilkan. Jika dahulu hanya pemuzik profesional mampu menghasilkan lagu ...